Monday, December 6, 2010

tangisan kalbu


Suatu malam,
aku keluar bersama keluarga. Ayah yang pandu kami. Tiba di suatu simpang, pancaindera ini terlihat; seorang tua yang uzur, lelaki jantinanya, rambut kusut, tiada alas di kaki, baju di badan layak sebagai kain buruk dan yang menyayat robek hati kecilku, tua uzur ini sedang mengutip sisa-mu yang mungkin telah dijamah si tikus!

Saat itu,
Aku terkenang
Apa nasibnya esok hari?
Apa alas perutnya esok pagi?

Apakah tua itu masih punya pelangi hidupnya?
Mustahil mungkin.

Maaf kerana tidak dapat menegur, cuma doa aku kirimkan,
Aku kirimkan doa moga ketemu sinar walau secebis kuman.


Kalau-lah aku bisa nyah-kan sengsara mu itu wahai si tua.
Aku pasti lakukan demi mendapatkan senyuman darimu,
Pasti, aku pasti.

Moga ada insan yang simpati,
Dia tidak layak untuk jadi begitu,
Masyarakat, tolong lah sedar,
Aku pohon, sujud di kaki kalian.
Tak tahu lagi berapa ramai yang menerima nasib yang sama.

Tuhan, ampunkan segala dosa dia,
Aku mohon.
Tolonglah dengar bisikan hati yang hina ini.


 *menangis*


Moga dapat ketemu dengan pakcik semula. Aku tidak la sekaya mana, tetapi dapat menghulur sedikit dari apa yang aku ada demi untuk melihat senyuman pak cik, aku akan hulur.

Jaga diri ya pakcik .



*setitis demi setitis mengalir*