Monday, January 24, 2011

Sayang, angkuhnya saya

Angkuhnya Aminah sangat tinggi . Dia tahu dia tak akan kehilangan, dia tahu dia disayangi setiap kali pun dia angkuh dan terus angkuh . Hari ini sebenarnya bergaduh sama juga seperti hari-hari biasa ,akan tetapi hari ini sabar Ali mencapai tahap maksimum bila nama Mansur disebut buat julung-julung kalinya. Ali bilang nama Mansur itu pantangnya , bikin hatinya hancur. Ali bilang dia tidak lagi mahu kisah ! Ali bilang 'pergilah'. Namun, jauh disudut hati Ali,terlalu sayangnya dia kepada Aminah.

Yehaaaa , barangkali Aminah hilang akalnya kerana belum cukup matang?

Akan tetapi Ali tetap juga memujuk walau hatinya Aminah tidak ambil kisah. Lihatlah orang sekeliling , bertapa angkuhnya Aminah. Tetapi perlahan-lahan Aminah sedar , orang yang dia abai,dia biar remuk hatinya adalah orang yang paling banyak sabar dalam dunia. Ibunya Aminah juga tidak boleh sabar begitu .

Apa akhirnya hubungan mereka? Ali,Aminah. Mereka mengharapkan yang terbaik. Biarlah hubungan mereka sampai dengan apa yang sepatut akhirnya. Masalah mereka hanya jarak , desakan keadaan sekeliling. Mereka bukan tidak cocok bersama, bukan jugak tidak mengenali perihal dalam masing-masing. Akhirnya Ali menerangkan ini dengan tenang pada Aminah . Bukan sekali , hampir tiap kali akhirnya pergaduhan. Pesannya pada Aminah , berfikirlah. Angkuh pada orang yang kau sayang bagi kau apa?


Jangan biar hati yang kaku sayang kau itu dipijak-pijak kerana satu hari ianya juga bisa kempis