Tuesday, October 11, 2011

Madah.




Madah aku madah murahan.
Madah murah madah picisan.
Madah tiada mampu berkata benar jujur ikhlas.
Madah penuh helah tiada berkenal kebenaran.

Madah aku madah murahan.
Madah berbelit berselit.
Madah palsu punah parah.
Madah berdusta menyelamat aib.

Lalu madah apa yang emas mahal benar lurus jujur ikhlas?
Aku fikir kau fikir.
Jawapan pegang jangan takbur.

Sila lah kau bermadah dan teruskan.
Kerna jiwa dan raga aku letih melayan madahan kau.