Tuesday, October 11, 2011

Mereka.

Seharian terperap di bilik. Mati akal. Bulan untuk aku menternak lemak sudah bermula. Bulan dimana aku  menjadi bibik sementara di rumah dan dibuli oleh kepala besar. Oh sungguh seronok. Secara tiba tiba aku terlintas beberapa muka muka yang comel di kepala.




Hi awak awak, saya dah mula rindu kalian. 

Dah tak ada siapa nak mula berleter dengan saya.
Dah tak ada siapa nak bising suruh saya belajar.
Dah tak ada siapa nak ajak teman makan. 
Dah tak ada siapa nak suruh saya buat kerja gila.
Dah tak ada siapa nak ajak saya pergi pasar beli ayam dan udang.
Dah tak ada siapa nak ajar saya masak guna dapur.
Dah tak ada siapa nak marah saya suruh pergi mandi.
Dah tak ada siapa nak ajak teman webcam dengan babah.
Dah tak ada siapa nak bergosip dan sesi luahan perasaan.

Tapi saya tak risau itu semua sebab saya tahu saya ada awak awak semua. Itu yang penting.

Bukan senang untuk saya fahamkan awak semua kenapa saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga, hanya Dia sahaja yang tahu. 



Lots of love, Lisa Fikri.