Monday, October 10, 2011

Pengajaran.


"Kau ni cubalah ubah perangai buruk kau tu."

"Ala, nak buat macam mana, dah memang perangai aku macam ni. Suka hatilah korang nak terima ke tak."


Bicara yang aku kira tidak asing. Mungkin aku juga pernah ungkap. Tapi sedar atau tidak bicara begitu ibarat menyalahkan Tuhan yang Maha Mulia akan kehinaan pada diri kita.
Sikap buruk yang ada pada diri bukan sesuatu yang mustahil untuk diubah. Mungkin sukar, tapi usaha itu perlu dalam memastikan diri menjadi lebih baik.

Ya benar kita tidak sempurna. Kesempurnaan itu memang bukan milik kita pada hakikatnya. Tapi jangan berharap untuk orang lain menerima segala yang jelik tentang kita andai kita mencuba untuk berubah pun tidak mahu.

Belajar untuk berubah.

Sekian.