Monday, October 10, 2011

Akhir.

Alhamdulillah.


Akhirnya dapat jugak aku jejak ke rumah manis rumah. Dan alhamdulillah aku selesai dengan semester tiga aku. Amin. Syukur kerana aku masih punya peluang untuk menuntut ilmu. Dan harapan aku hanyalah untuk habiskan diploma aku dengan jayanya. InsyaAllah.


Terlalu banyak perkara yang bermain dalam minda aku. Tapi tak mengapa, aku hanya akan menganggap ia sebagai satu pengajaran dan pengalaman aku sebagai seorang manusia. Dan yang lebih penting, aku perlu untuk memperbetulkan landasan hidup aku di jalan yang betul. Aku juga semakin sensitif. Mungkin peranan hormon aku seperti biasa berbolak-balik. Air mata semakin senang tumpah. Semakin kerap gugur. Semakin kerap bertakung. Sudah lisa, cari pemadam dan tolong padam segala memori hitam. 


Semester baru bakal bermula. Penuh dengan janji kepada aku yang perlu dikotakan.


Aku hanya dapat berdoa moga aku masih bisa menunaikan janji pada mak dan babah. Hanya itu.