Thursday, October 6, 2011

Noktah.

Aku teringat pesan seorang bekas kawan aku dahulu, dan kini kami masih berkawan,


'Biar sejahat mana pun kita, jangan sesekali mengaibkan dan khianat dengan orang lain. Sesungguhnya itu perkara yang paling dilakhnati Allah'.


Jadi biar aku simpan ayat ni sampai bila bila. Dan segala rancangan aku, aku kuburkan. Bukan kerana aku mengangkat bendera putih mahupun menyerah kalah. Tidak. Tetapi biarlah yang lepas tetap lepas. Akan sentiasa jadi pengajaran buat aku. Sebagai manusia biasa, aku tak dilahirkan sempurna dan aku rasa kau begitu. Biar pekung sebusuk mana pun aku tetap akan simpan. Dan terima kasih sebab ajar aku menjadi lebih kuat dan matang. Banyak perkara yang selama ni yang aku sendiri tak pernah sedar dah membuatkan aku sedar yang manusia tak pernah lari dari kesilapan dan jangan terlalu menganggap diri bergitu sempurna sehinggakan terlalu mendewa dewakan diri. Tak mengapa, aku tutup buku dan bukan bermakna aku akan buka buku yang baru. Biar Dia menentukan. Dia tahu segalanya. Aku tak anggap aku betul dan aku tak anggap kau juga betul. Setinggi mana pun ego, suatu masa akan tetap dibawah juga kerna memang lumrah manusia melainkan memang dilahirkan tak punya hati dan perasaan, dipersilakan untuk terus hanyut. 




Bagi aku, biar ini entri yang terakhir buat aku. Blog ini dibina bukan untuk tujuan aku menjatuhkan aib orang. Tetapi bila keadaan dah melampui batas, aku perlu bertindak. Aku serik dipijak pijak. Ya, mungkin suara aku selama ni tak pernah didengar, tapi mungkin tidak lagi selepas ini. Cuma, bertindak biar menggunakan akal fikiran dan waras. 


Buat kau, teruskan permainan. Aku dah letih. 


Aku manusia yang dilahirkan oleh ibu bukan untuk melayan hati binatang. Cukup.