Monday, October 17, 2011

Him.

16 Oktober 2011


Selepas aku kau tinggalkan, aku cuba sedaya upaya untuk lupa. Kau tahu betapa seksanya ditinggalkan? Dan aku cuba sedaya upaya untuk memadam segala memori biarpun aku tahu bukan semua aku dapat padam dengan semudah itu. Selagi kau tak sentuh aku dan peribadi aku, kenapa aku perlu melenting. Bukan untuk memburukkan engkau, cuma tidak keruan dan melangkah dengan sendiri tanpa haluan.


Aku perlukan masa untuk berjalan seperti biasa. Dan ruang untuk mendongak ke depan setelah kau tinggalkan aku kekosongan. Dan untuk kau berada dibelakangku bukan satu yang aku harapkan. 


Tapi sayang, kehadiran kau secara tiba-tiba bukan suatu yang aku harapkan. Setelah berbulan kau biarkan aku terkontang-kanting tanpa arah tuju, kini kau muncul tanpa ada sedikit penyesalan seumpama semua ini tak pernah berlaku. 


Aku berusaha untuk melupakan engkau, usaha keras yang aku lakukan tak sama seperti usaha aku ketika menuntut ilmu semata-mata untuk hilangkan engkau dari memori aku. Hanya satu, aku redha. Aku redha biarpun retak. Biarpun retak seribu, biar aku pertahan ego aku untuk kali ini. Aku tak mahu menjadi manusia paling bodoh di dunia bila aku terima engkau semula. Cukup sekali kerna untuk yang keduanya, aku belum ada kekuatan. 


Dan untuk engkau, aku hanya mampu mengirim doa agar engkau secepatnya sembuh. Apapun alasan engkau, yang pasti engkau sudah pun campak aku ke tepi. Itu yang pasti. Dan tak perlulah kau hulurkan tali untuk tarik aku semula. Bukan itu yang aku perlukan. Jaga diri. Jangan beritahu aku bagaimana seksanya kerna aku sudah merasa terlebih dahulu daripada engkau. Dan kuburnya engkau dari hidup aku bukan suatu nikmat tetapi suatu azab untuk aku harungi.


Dan aku akan mengotakan janji yang aku tak akan berpaling kebelakang. Walaupun jiwa aku dah mati dibelenggu bermacam macam masalah dari semua sudut. Aku tetap akan berjuang untuk diri aku sendiri. 


Aku harap bila Allah ajar engkau dengan erti sakit engkau redha dengan setiap ketentuannya. Yang aku yakin hanya satu, dia tak akan beri engkau sakit itu kalau engkau tidak beri kepada orang lain. Kadang-kadang, aku tak mintak Allah beri yang berat berat untuk engkau. Tapi, he knows best. He know what's best for you to learn.


And I hope, you'll learn. And you'll know how much it hurts.


































Rina, seorang gadis yang sedang mengecapi bahagia. Dan aku bahagia melihat dia tersenyum. Memang itu yang dia perlukan selama ini setelah terlalu pelbagai masalah dan musibah dia lalui. Sedang asyik melihat dia bahagia, sehinggakan aku sendiri lupa tentang kebahagiaan aku. Tak mengapa, aku masih kuat. Kuat untuk harungi dugaan ini. Dan aku pasti apabila aku menoleh kebelakang, aku tahu rakan-rakan masih ada di belakang dan bukannya engkau. Dan aku pasti ini keputusan yang terbaik dari aku dan juga dia. Rina, I do love you. Yes I do. I hope you're doing fine. Hakim, do take care of her. Take care sayang and thanks for everything.